June 18, 2013

8 EXCO Penang Akan Dapat Mercedes E Baru Ganti Proton Perdana!!! Tahniah @cmlimguaneng


Baru tidak sampai sebulan memerintah Pulau Pinang buat penggal kedua, DAP Pulau Pinang sudah mula mengadaptasi slogan kebanggaan mereka, "Competency, Accountability, Transparency (CAT)" atau Cekap, Akauntabiliti dan Telus. Terbaru, semua EXCO Kerajaan Pulau Pinang akan mendapat kenderaan baru Mercedes E Series mengantikan Proton Perdana. Tahniah CTS ucapkan kepada Joseph Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana berjaya meng"CAT"kan EXCO-EXCOnya.

1 Tiada Kenaikan Tambang Bas Raya Nanti, Hanya Surcaj Dikenakan @SPADchannel

Tiada kenaikan tambang seperti yang dimomokkaan di media-media sosial dan blog. SPAD hanya bersetuju supaya pengendali / operator mengenakan caj tambahan (surcaj) 10% bagi musim perayaan yang bakal menjelang nanti. Kelulusan mengenakan caj tambahan (surcaj) ini berkuatkuasa  bagi semua perjalanan  mulai 8 Julai sehingga 8 September 2013 untuk semua bas ekspres dan bas tambahan. 

Mengenai desakan PMBOA untuk menaikkan harga sehingga 30%, SPAD hanya akan membuat keputusan setelah mengambil kira kepentingan rakyat dan reaksi persatuan-persatuan pengguna serta kos operasi yang terpaksa ditanggung oleh pengendali / operator bas ekspres. Keputusan mengenai kenaikan harga tiket ini akan diumumkan sebelum hujung tahun ini. Baca kenyataan akhbar SPAD seperti di bawah:


5 Kalau Terkorban Semasa Himpunan #BlackOut505, Syahid Fi Sabilillah Fatwa @hajihusammusa - Apa Kata @nikabdulaziz?

Mungkin kerana terlalu terdesak untuk mengumpulkan orang Sabtu ini atau sememangnya mulut agak ringan mengeluarkan fatwa songsang, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa semalam telah mengeluarkan fatwa baru untuk fanatik-fanatik Agama PAS. Dipetik dari lidah rasmi parti PAS,  Harakahdaily di sini, Husam Musa diberitakan berkata,
"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505. Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah. Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini. Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat. Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya.  Kalau kita berdiam diri kerana telah menang menguasai kerajaan (negeri), kita pengkhianat kepada perjuangan."
Katanya Himpunan Sabtu ini adalah Perhimpunan Aman? Perhimpunan Aman sehingga ada yang terkorban? Sudah ada niatkah pemimpin-pemimpin PR untuk menetang secara kekerasan dengan pihak berkuasa? Soalan kedua yang kita patut tanya kepada Husam Musa, sudah terbuktikah penipuan-penipuan UMNO sehinggakan BN menang PRU13 yang lepas? Sudahkah PAS atau PR menang mana-mana petisyen-petisyen PRU13? Dan soalan bonus, apa sangat petisyen yang dikemukakan? Dakwat kekal? Mana perginya dakwaan 40,000 warga Bangla keluar mengundi? Mana kawasan yang "blackout" Husam Musa?

Sekarang sudah ada kunci syurga terbaru, ehsan dari Husam Musa. Datang ke himpunan yang menyusahkan orang ramai, kalau sakit jantung atau dilanggar lori balak, difatwakan Syahid Fi Sabilillah. Semua orang tahu, ganjaran bagi orang yang Syahid Fi Sabilillah adalah syurga. Hebat betul juak-juak PAS ni senang sangat masuk syurga kan? Bela kambing jamnapari boleh masuk syurga tak Husam Musa? Akhir kata, kalau terkorban Sabtu ini, jangan bimbang kenderaan ke syurga ada disediakan seperti di bawah:

June 17, 2013

14 Betul Ke Menteri KBS YB @khairykj Ambil Wartawan Malaysiakini Jadi Setiausaha Akhbar Beliau?

Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Lainlah kalau ada beruk dan kera di atas pokok berkenaan. Terkejut jugalah mendengar khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Menteri Kementerian Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin akan mengambil seorang wartawan berbangsa Cina dari Malaysiakini sebagai Setiausaha Akhbar beliau. 

Kita tahulah bloggers dan wartawan UMNO tidak ada yang pandai-pandai. Tidak ada yang bersekolah tinggi sehingga ke Oxford atau Havard University. Namun tidak ada lagikah calon wartawan daripada portal atau media pro Kerajaan yang boleh diangkat untuk menjadi Setiausaha Akhbar seorang Menteri?

Bukankah mereka inilah yang berjuang tidak tidur malam bagi memastikan perang saraf di media sosial dimenangi oleh Kerajaan? Jangan kata kami kalah dalam peperangan siber. Kalau tidak masakan UMNO boleh menambah kerusi Parlimen sehingga 88 kerusi di dalam PRU-13. Bukankah ini hasil sumber maklumat wartawan, bloggers dan tentera maya barisan pro Kerajaan? Kenapakah apabila tiba waktu untuk mengenang jasa, seorang wartawan Cina dari Malaysiakini diangkat dengan satu jawatan yang tinggi di dalam Kementerian?

Apa jasa dan "credential" wartawan berkenaan sedangkan umum mengetahui Malaysiakini telah banyak memberi imej yang buruk kepada Kerajaan dan sentiasa menyokong pembangkang. CTS berharap YB Khairy akan tampil dengan penafian. Pertanyaan CTS di laman sosial Twitter masih belum dijawab oleh beliau seperti mengesahkan khabar angin berkenaan. Sekiranya benar, CTS adalah orang yang paling hampa kerana fikirkan bahawa beliau sudah berubah.


June 16, 2013

8 Bila Cina Penang Meninggal, Banyak Bantuan DAP Berikan, Bila Melayu Meninggal Di Penang, Ada Beri Bantuan @cmlimguaneng?


CTS baru sempat membaca suratkhabar hari ini. Antara yang menarik di dalam akhbar The Star hari ini adalah isu di atas. Ianya berkisar kepada kematian seorang pekerja Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Wong Tze Chow yang terbunuh dihempap pokok ketika kejadian ribut taufan, Khamis lepas. Pelbagai bantuan diberikan. ADUN DAP berikanlah, syarikat Bekalan Air berikanlah dan pelbagai lagi. Bukan niat CTS untuk mempolitikkan kematian seseorang. Namun agak terkilan apabila bencana berlaku ke atas puak-puak mereka, begitu cepat bantuan disalurkan. Apabila bencana berlaku kepada kaum lain, apakah layanan yang sama diberikan? 

Apa yang kerajaan Lim Guan Eng buat apabila mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan  penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan? Apakah sebarang bantuan diberikan oleh mana-mana ADUN DAP Pulau Pinang ke atas keluarga Allahyaryam Tajuddin Zainal Abidin yang terkorban di dalam kejadian yang berlaku di negeri yang diperintah DAP? Apakah Lim Guan Eng ada melawat mangsa dan keluarga mereka di Rumah Mayat, Hospital Pulau Pinang pada hari kejadian? Anda nilaikan sendiri.

6 Bangunan Baru CIMB DI KL Sentral Ada Gambar Salib? Apa Sudah Jadi?


Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa Bangunan CIMB yang baru di KL Sentral mempunyai lambang salib yang jelas. Sebelum ada pihak yang mengatakan bahawa gambar ini telah dieedit, lihatlah gambar asli di Flickr, di sini. Baiklah, CTS tidak mahu berprasangka buruk. Ada sesiapa yang belajar kejuruteraan di sini yang beloh menerangkan kenapa bangunan tersebut perlu direkacita sebegitu rupa? Masalah struktur bangunankah?

Kalau disebabkan struktur bangunan, kenapa mesti bangunan ini sahaja? Sepatutnya sebagai sebuah Negara Islam dan CIMB jga bukan Bank Kristian perbanyakkan senibina Islam. Segala projek pembangunan mesti berteraskan senibin Islam. Tiada senibina tersembunyi dan juga erti yang bercanggah dengan aspirasi sebuah negara. Itu sekadar cadagan.

June 15, 2013

7 Gambar-Gambar #FlashmobSogo505 Berjaya Menarik 50,000 Orang Pendemo

Kehadiran pengunjung asing dan tempatan untuk bersiar-siar di Jalan Tuanku Abdul Rahman diambil kesempatan oleh kumpulan "Flash Mob 505" untuk memberitahu atau mewar-warkan perhimpunan yang bakal mereka adakan minggu depan di padang Merbok, Kuala Lumpur. Sambutan tidak seperti yang diharapkan. Tolak campur adalah seramai 50 orang.

Yang lain merupakan pengunjung-pengunjung Pasaraya Sogo dan pelancong-pelancong yang mahu tahu apakah yang sedang berlaku. Tidak ramai nama-nama besar pemimpin PR yang datang. Hanya kelihatan Nora Reformis dan Safwan Anang di situ. Dalam kejadian berkenaan 15 orang (14 lelaki dan seorang wanita) ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, termesuk seorang budak berumur 10 tahun yang ditahan bersama ibunya.













Sila rujuk blog rakan blogger, Aku Peduli Apa, untuk gambar-gambar yang lain.


11 Takziah Kepada Dato @nikabdulaziz Kerana Menantu Kemalangan Terlanggar Lembu, CTS Ulang ... Lembu!!!


Takziah CTS ucapkan buat keluarga Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat di atas kemalangan yang menimpa menantunya yang dalam perjalanan ke Krabi, Thailand dengan motorsikal berkuasa tinggi kerana berlanggar atau terlanggar lembu!!! Lembu juga makhluk Allah. Jadi, tidak perlulah kita mengaibkan seseorang kononnya lembu tinggal dalam kondo lah, Menteri lembulah dan sebagainya. 

Bukan apa, kalau tidak kena musibah kepada kita, suatu hari pasti kena kepada ahli keluarga kita seperti anak atau menantu. Tak gitu? Lagi satu CTS ingat ahli keluarga pemimpin PAS zuhud-zuhud belaka. Ada juga ye yang memiliki dan mempunyai hobi mengembara dengan motor besar? Jangan pula juak PAS spin di sini kata itu sunnah Rasulullah SAW. Sunnah Baginda adalah menunggang kuda seperti yang dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

0 Kenaikan Harga Tambang Bas - PMBOA Yang Tamak, SPAD Dan Kerajaan Yang Jadi Mangsa @SPADchannel

Isu kenaikan harga tambang bas-bas di musim perayaan bukan perkara baru. Malah isu ini telah diutarakan oleh Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) sejak 2012 lagi. Lihat laporan The Edge Malaysia di sini.  Di katakan kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebuah agensi di bawahnya sedang mempertimbangkan kenaikan tambang bas sempena musim perayaan ini seperti diminta syarikat pengusaha bas ekspres di negara ini.

Kenaikkan tambang ini bukanlah kehendak dan polisi kerajaan tetapi ianya adalah permohonan yang di utarakan oleh PMBOA yang membuat permohonan terhadap kerajaan agar membenarkan kenaikan tambang sebanyak 30% menjelang Aidil Fitri bagi mengelakkan mereka kerugian. Ini berikutan dakwaan bahawa kebanyakan pengusaha perkhidmatan bas menghadapi masalah aliran tunai dengan kenaikkan harga diesel, alat ganti, service dan bateri, begitu juga dengan bayaran bagi pemeriksaan Puspakom. Selain itu pengusaha perkhidmatan bas juga dikatakan menghadapi saingan sengit daripada “kereta sapu” dan bas persiaran yang menjalankan perkhidmatan bas ekspres.

Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar pada 13 Jun yang lalu, tidak sepatutnya menjadi isu. Kenyataannya bertepatan dengan matlamat penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, diantaranya ialah, untuk memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar and lestari bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup.

Disamping menjaga kepentingan perniagaan syarikat pengendali pengangkutan awam, SPAD juga perlu menjaga dan melihat kepentingan orang awam agar setiap keputusan yang dibuat lebih seimbang dan memenangkan kedua pihak ia ini penguna dan pengendali. Pengguna juga Rakyat, pengusaha dan pemandu serta pekerja bas juga adalah Rakyat. Oleh itu, tidak wajar mereka yang sering mengunakan perkhidmatan bas, mula menyalahkan kerajaan terutamanya SPAD kerana membenarkan kenaikkan harga tersebut. Lagipun kenyataan Pengerusi SPAD adalah untuk mengkaji cadangan kenaikan itu dan bukannya sudah ada satu keputusan yang konkrit.

Persoalannya Pengguna harus bangun menyatakan bantahan mereka. Kemarahan ini perlu ditujukan kepada Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia sendiri kerana mereka yang memohon. Pengguna  boleh membantah dengan mengahntar surat bantahan, berhimpun di hadapan pejabat persatuan tersebut dan sebagainya. Pihak pembangkang kita sedia maklum apa sahaja ruang untuk menjahanamkan Kerajaan atau pun agensi dibawahnya, adalah menjadi kegemaran mereka tetapi yang hairan ada penyokong kerajaan pun tidak dapat melihat isu ini secara jelas, ternyata mereka ini juga terikut ikut dengan mainan pihak pembangkang.

June 14, 2013

9 Mari Belajar Bahasa Malaysia Dengan Ketua Menteri Pulau Pinang @cmlimguaneng - Buat Pembetulan Pun Salah Lagi!!!

Ini posting yang dilakukan di dalam laman sosial Twitter Ketua Menteri Pulau Pinang semalam.


Berlaku penyalahgunaan perkataan dalam bahasa apabila Ketua Menteri berkenaan mengunakan ayat berikut, "Menara Ibupejabat UMNO Penang yang "luntur" sekarang akibat ribut kencang". Baiklah, kita berbaik sangka. Mungkin ini terjadi berkemungkinan beliau telah tersalah taip. Ini pembetulan yang beliau lakukan hari ini di dalam akaun Twitternya yang sama.


Buat salah sekali boleh diterima lagi. Ini buat pembetulan pun salah. Apa kejadah perkataan "luntur" di dalam ayat berkenaan ditukar atau dibuat pembetulan kepada "lentur"? Dia tahukah apa maksud perkataan "lentur"? Mari kita semak Kamus Dewan Bahasa Pustaka, di sini.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, "lentur" bermaksud - 1. tidak mudah patah 2. bengkok atau kelok 3. bengkok pada benda yang melengkung. Jadi maksud yang manakan Joseph Lim Guan Eng gunakan apabila beliau menulis Menara Ibupejabat UMNO yang "lentur"?

Bangunan boleh "lentur" ka Apek? Lain kali kalau bengap Bahasa, bertanya. Jangan tunjuk pandai. Apek oh Apek! Sehinggakan DS Shabery Cheek pun membuat sindiran yang tajam kepada Joseph Lim di dalam laman sosial Facebook beliau:

6 Apa Hala Tuju @KhalidSamad Selepas PRU13? "Jelas, Jatuhkan BN!" Katanya - Ish! Iskh! Iskh!


Menarik untuk CTS kongsi posting Ahli Parlimen Shah Alam dalam laman sosial Twitter malam tadi. Pertama, PRU13 sudah lebih sebulan lebih berlalu. Rakyat Selangor masih dihidangkan dengan sessi ceramah politik yang tidak sudah-sudah. Ramai juga yang datang. Nampak banyak Pakcik-Pakcik dan Makcik-Makcik. Adakah Rakyat Selangor ketagihan candu ceramah politik? Cukup-cukuplah Pakcik-Pakcik dan Makcik-Makcik. Orang putih kata, "Get a life, will you".

Kedua cuba perhati tengok apa yang YB Khalid Samad tulis. Hala tuju selepas PRU13? Apa jawapannya? "Jelas, Jatuhkan BN!" Meroyan apakah si YB Khalid Samad ini? CTS ingatkan hala tuju selepas PRU13 adalah hendak memberikan perkhidmatan terbaik kepada Rakyat ka ... Nak tunaikan semua manifesto yang dijanjikan ka ... Hendak membawa masuk pelabur asing ka ... Rupanya masih meroyan untuk menjatuhkan BN? Khalid Oh Khalid.

June 13, 2013

10 Video Kesan Ribut Taufan Di Jalan Macalister, Penang Petang Tadi

video

Video kejadian ribut taufan yang dikongsi oleh rakan-rakan Facebook yang memaparkan kesan ribut taufan yang agak jarang berlaku. Video ini diambil di Jalan Macalister berdekatan dengan Bangunan UMNO Pulau Pinang. Kejadian ribut taufan yang kuat berlaku pada jam 6.00 hingga 7.00 petang tadi. Macam-macam kejadian terjadi di Penang kebelakangan ni. Dengan jambatan runtuh la, bencana alam seperti ombak besar la dan petang ini pula ribut taufan. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Besar. Diberitakan seorang pemandu lori pikap cedera parah manakala tujuh kenderaan yang lainnya rosak teruk apabila sebuah antena komunikasi yang terletak diatas bangunan UMNO tumbang dalam kejadian itu.

Walaubagaimanapun, agak terkilan kerana sebahagian "Red Bean Army" DAP memainkan sentimen politik murahan dengan komen-komen di Facebook masih menyalahkan UMNO. Kononnya bala disebabkan oleh Bangunan UMNO. Dengar sahaja video di atas. Cina Bukit mana asyik menjerit UMNO ... UMNO ... Sakit betul jiwa Cina-Cina DAP ini. Apa-apapun kita tunggu kenyataan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang sama ada beliau juga akan menyalahkan UMNO. Apapun Ketua Menteri Pulau Pinang itu bengap dalam perkataan Bahasa Malaysia ketika mengulas kejadian berkenaan. Bukan "luntur" lah apek, "runtuh"!!!





36 Perbezaan Di Antara Ustaz Azhar Idrus Dan Ustaz Mohd Kazim Elias




Tidak susah untuk menilai perilaku dan hati budi seorang Ustaz. Yang mana satu yang boleh jadi ikutan, idola dan contoh tauladan. Tak tahulah CTS mungkin juga Ustaz Azhar Idrus turut memiliki atau membuka Sekolah Pondok atau Sekolah Tahfiz miliknya. Bukan apa, selalu kita melihat Ustaz Kazim Elias amat rajin untuk mencari dana untuk membangunkan Sekolah Tahfiz miliknya, yang beliau bina dan beliau uruskan iaitu Pusat Pendidikan Al-Barakah. 

Tidak sempat Ustaz Kazim Elias untuk bermewah-mewah dengan harta dunia yang sementara. Baru-baru ini, Ustaz Kazim Elias telah menambah aset sekolah Al-Barakah dengan pembelian sebuah bas baru untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah berkenaan. Tak mengapalah Ustaz Kazim, pengorbanan anda ini akan mendapat rahmat dari Allah SWT. Biarlah tiada motor dan kereta mewah serta isteri muda jelita.


June 12, 2013

13 Apabila Lim Guan Eng Puji Nazir Razak Anti Melayu, Apa Maknanya?

Siapakah orang pertama yang muncul membuat kenyataan akhbar memberi sokongan moral apabila CEO Kumpulan CIMB yang juga adik kepada Perdana Menteri Malaysia, DS Nazir Razak, dikritik hebat kerana mempertahankan CEO Air Asia X yang anti Melayu, Azran Osman-Rani. Tidak lain dan tidak bukan adalah Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng. Memetik kata-katanya di dalam Malaysiakini,
"Kami tidak menyebelahi sesiapa. Kami hanya mahu beritahu apa yang benar. Kami ingin memuji Nazir kerana bercakap benar. Kami harap abangnya boleh seberani Nazir. Kami harap lebih ramai rakyat Malaysia seperti Nazir. Tetapi malangnya, jumlahnya tidak banyak."
Teringat kata-kata seorang blogger pembangkang di dalam blog beliau baru-baru ini,
apabila musuh menyerang kamu
itu petanda yang baik
ertinya ada perbezaan hakiki
antara kamu dengan musuh
apabila musuh tidak menyerang kamu
itu pentanda tidak sihat
ertinya sama ada kamu tidak relevan
atau kamu telah bersama musuh
CTS setuju 100% dengan kenyataan beliau. Tidak susah untuk membaca agenda Lim Guan Eng apabila beliau mempertahankan Nazir Razak. Kalau boleh Lim Guan Eng mahukan lebih ramai orang-orang Melayu seperti Nazir Razak dan Azran Osman-Rani. Melayu yang lupa asal usul keturunan, Melayu yang layu, Melayu yang lupa jati diri dan Melayu yang anti bangsanya sendiri.

Namun Lim Guan Eng terkhilaf apabila beliau mengatakan Abang Nazir tidak seberani adiknya itu. Dalam sejarah keenam-enam Perdana Menteri, belum pernah kaum Lim Guan Eng diangkat tarafnya seperti sekarang. Apa yang kaum Lim Guan Eng tidak perolehi. Berdengus sahaja pasti mereka akan dapat. Apa lagi Lim Guan Eng mahu?

June 11, 2013

9 Satu Garapan Menarik Dari Tuan Ibrahim Tuan Man - Anwar Ibrahim Dan Sekutunya Mesti Baca


CTS tak pasti apa yang cuba disampaikan oleh Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang ini. Mungkin juga satu sindiran secara halus kepada rakan-rakan sekutunya di dalam PR yang sehingga hari ini masih enggan mahu menerima kekalahan mereka di dalam PRU13 yang lepas. Apapun seperti orang putih kata, kenyataan beliau ini lebih kepada "something for us to ponder" atau sesuatu yang kita boleh fikirkan bersama. CTS pulak kata, "enough said!!!"

0 SPAD Akan Saman Bloggers Dan Portal Yang Menyebarkan Fitnah @SPADchannel @aduanSPAD

Lanjutan daripada pendedahan berita fitnah yang dilakukan oleh Harakahdaily dan Pahangdaily Online yang disiarkan di dalam posting pagi tadi (lihat di sini), pihak kami telah mendapatkan temubual eksklusif dengan Pengurus Besar Penguatkuasaan dan Latihan SPAD, Mejar Jen (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad. Menurut beliau, laporan yang disiarkan oleh kedua-dua portal pembangkang dan turut disiarkan oleh beberapa blog Mesra Kerajaan adalah fitnah dan berniat jahat ke atas SPAD. 

Satu laporan polis akan dibuat ke atas bloggers dan portal berkenaan dan SPAD sedang menimbang untuk menyaman pihak-pihak yang berkenaan. Berikut adalah transkrip perbualan di antara pihak kami dan Mejar Jen (B) Dato Che Hasni:
"Firstly it is not true. I dah selidik dan tidak ada kejadian pegawai SPAD kena tampar. Kalau ada pegawai kita kena tampar ketika menjalankan tugas, pertama sekali kita akan melaporkannya kepada Polis. Sudah tentu orang yang menampar itu dah kena tangkap dengan Polis. 
Yang kedua, apabila kita buat pemeriksaan atau operasi, semua pegawai kena pakai uniform atau vest kuning bersinar yang ada tulis perkataan SPAD. Kita tak pernah pakai macam orang awam untuk buat operasi (kecuali operasi undercover).
Ketiga, SPAD tak pernah buat operasi secara solo. Kita mesti ada polis dan agensi-agensi lain seperti AADK, JPJ, DBKL dan pihak berkuasa tempatan yang lain. Dua fitnah – tajuk (hari-hari makan rasuah) dan cerita pasal kena penampar tu, kita akan buat laporan polis esok. 
Kita dah confirm dengan Head of Zone (di Kuantan) bahawa tidak ada kejadian seumpama itu berlaku. Masa operasi di Pahang hari itu, I was there. Kalau berlaku, mesti pegawai-pegawai sudah lapor kepada saya. Sebab kalau mereka tak lapor, saya akan kenakan hukuman pada mereka. 
Benda ini memang fitnah. Sebab apa? Sebab kita buat operasi dengan tegas, dia orang tak sukalah. Tak mahu saman malu ke sebab dituduh rasuah? Saya akan bincang dulu apa action lain kita nak ambil. Yang itu saya kena discuss dengan officers and management dulu."

32 Apabila Nazir Razak Memuji Kepetahan Azran CEO Air Asia X Mengutuk Melayu, Apa Lagi Melayu Mahu? @NajibRazak


Sedikitpun CTS tidak terkejut apabila adik kepada Perdana Menteri Malaysia yang juga CEO CIMB Group, DS Nazir Razak di dalam satu majlis melancarkan prospektus Air Asia, semalam, menyifatkan bahawa pandangan dan kritikan CEO Air Asia X, Azran Osman-Rani ke atas PERKASA dan Utusan Malaysia  melambangkan mercu tanda seorang pemimpin yang hebat!!! Kata beliau di dalam laporan berita The Edge Malaysia, yang bertajuk "CIMB's Nazir Praises Azran For Criticising Utusan, Perkasa", berkata, 
"Azran – some people think he is a little bit outspoken – but what would you expect if you have someone who is guided by a chairman like Tan Sri Rafidah Aziz. It is this trait, speaking his mind (that) makes him a great leader from my perspective – and has done a great job running this company." - Source: The Edge Malaysia.
Kalau pandangan sinis dan kritikan hinaan terhadap Melayu dianggap oleh golongan bangsawan seperti Nazir Razak sebagai mercu tanda seorang pemimpin yang hebat, CTS tidak dapat komen lagi. Mungkin selepas ini Melayu Marhaen seperti CTS perlu mencorakkan masa depan sendiri tanpa boleh bergantung kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang lupa diri. Apa lagi yang Melayu mahu? I rest my case.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates