Zalim dan tidak berhati perut. Itulah ungkapan pertama yang keluar dari mulut saya apabila membaca kehidupan 5 sekeluarga yang terpaksa tinggal di kolong bawah rumah, bekas reban ayam. Penderitaan keluarga malang yang tinggal di Kampung Pauh Dalam, Pengkalan Chepa, Kelantan boleh di baca di Utusan Malaysia. Menteri Besar Kelantan masih sibuk berpolitik. Tidak habis-habis bertekak dengan Karpal Singh mengenai penubuhan negara Islam sedangkan beliau tahu beliau tidak ada daya dan usaha untuk melawan cakap OKU berkenaan. Di mana wakil rakyat, di mana ADUN dan di mana Ahli Parlimen kawasan berkenaan? Sibuk memenuhkan kantung poket dan membesarkan perut yang buncit masing-masing sehinggakan penderitaan Rakyat tidak diambil peduli? Makhluk-makhluk ini hanya akan kelihatan 4 tahun sekali sewaktu merayu undi di dalam PRU dengan berjanjikan bulan dan bintang.Sekiranya Kerajaan Kelantan sanggup mengeluarkan RM4 juta untuk kelengkapan bloggers PAS menghentam Kerajaan BN, tidak bolehkah sedikit peruntukan Kerajaan Negeri digunakan untuk membina rumah keluarga malang berkenaan. Berapa banyak sangat jumlah untuk membina rumah kampung yang murah di Kelantan. Sanggup mereka membiarkan keluarga malang ini tinggal di kolong bekas reban ayam berkeluasan 3 meter persegi dan ketinggian satu meter. Saya kesihankan Rakyat Kelantan. Demi dijanjikan syurga, setiap 4 tahun sekali pasti mereka akan memangkah lambang bulan walaupun terpaksa merana di negeri sendiri. Apa nak buat. Tanggung sendirilah.

